Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa di khianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak menerangkan keadaannya.
Bagi kita itu adalah alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti.... Kerana kita juga ada janji yang tidak di tepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia menerima alasan kita waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa... Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita waktu kita memerlukan dia.
Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi alasan sebagai jalan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin di konsi bersama kita.
Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya; rasa takutnya? Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembira? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana kita meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia bahwa kita boleh di percayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah? Bolehkah kita menjadi bahu untuk di sandarkan harapan? Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana dia juga seorang manusia; Dia juga ada rasa takut ;ada rasa..... bimbang, sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan, jadilah kita kawannya itu kita selalu melihat dia ketawa tetapi munkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka. Di sebalik senyumannya itu munkin banyak berita sedih yang ingin diluahkan di sebalik kesenangan nya. Munkin tersimpan seribu ketakutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, munkin kita akan tahu. Renungilah.... Terima kasih padamu sahabatku... Maafkan lah diriku kerana selalu silap tafsir terhadapmu.
Buat sahabat ku yang sering terkecil hati kerana perbuatan dan kekasaran bahasa ku aku memohon keampunan dari kalian... Maafkanlah aku......